Monday, 23 December 2013

Modeling a Devil Robot

NURSAFINAH BINTI SUJONO
D20111047329




Ini ialah model robot yang saya pilih. Sesetengah bahagian badan saya ubah dan tambah mengikut citarasa saya.


Saya bahagikan proses membuat model robot ini kepada 4 bahagian:
1. kaki
2.badan
3.tangan
4.kepala


Saya mulakan proses modeling dari kaki dahulu.
Saya gunakan bentuk-bentuk sedia ada seperti cone,sphere,cylinder untuk kaki robot saya.
Setelah itu, saya convert ke editable poly > edit by vertex. Di sini 'select and non-uniform scale' serta 'move tool' memainkan peranan penting.
Bagi menampakkan bentuk lebih smooth, saya menggunakan modifiers > subdivison surfaces > mesh smooth.




Bahagian badan pula, saya mulakan dari bawah ke atas.
Saya menggunakan bentuk cylinder bagi keseluruhan badan.
Kemudian saya convert to editable poly > edit by vertex.
Sama juga seperti bahagian kaki, saya menggunakan mesh smooth di bahagian badan.


Seterusnya bahagian tangan. Proses yang sama turut dilakukan seperti yang dilakukan di kaki dan badan.



Bahagian kepala pula dibahagikan kepada 5 bahagian.
Saya tidak menggunakan extrude untuk mengeluarkan bahagian tengah muka robot saya.
Saya memilih untuk memadamkan bahagian tepi kepala kemudian cantumkan ke kepala yang asal untuk menghasilkan bentuk timbul.




Bahagian mata pula, saya menggunakan bentuk cylinder.
Tapak bulat permukaan mata saya pilih dengan menggunakan polygon selection > extrude.
Proses ini bertujuan untuk membentukkan mata berlubang ke dalam.
Bagi menghasilkan bentuk lebih smooth, saya turut menggunakan mesh smooth.


Saya menggunakan bend modifier untuk membentuk tanduk robot saya. Tanduk ini juga saya gunakan pada tangan robot saya.



Kemudian saya cantumkan bahagian robot saya. 
Saya turut menggunakan mirror modifier untuk bahagian sebelah badan.


Kemudian saya masukkan texture kepada robot saya.
Saya ubah ke Metal > tetapkan specular level dan glossiness mengikut kehendak saya


Kemudian saya pilih reflection > raytrace.
Proses ini bertujuan untuk menghasilkan efek berkilat pada robot saya.



Inilah hasilnya. Devil Robot saya. 







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.